top of page

Pertama Kali Beli Kereta? Ini Soalan - Soalan Penting Yang Anda Mesti Tanya Ejen Jualan Dan Pegawai Bank!

  • Writer: Cik Mas
    Cik Mas
  • Jan 4
  • 1 min read

Car in showroom with large red bow on hood. Sign reads "Congratulations, Welcome To The Proton Big Family." Glass walls and modern lights.
Foto oleh Cik Mas.

Bukan sahaja pertama kali beli kereta, bawa kereta pun saya tak tak mahir lagi! Orang-orang macam saya ini selalunya tak tahu nak tanya apa kepada ejen jualan dan pegawai bank. Jangan runsing; jangan pening, saya di sini akan menjimatkan masa dan menghapuskan kerunsingan anda. Ini soalan-soalan penting yang anda mesti tanya bila nak beli kereta pertama nanti! Nak tanya apa kepada sales agent?


  1. Kereta lama atau baharu?

  2. Masih ada waranti atau tidak?

  3. Adakah kereta ini disertakan dengan insurans auto life?

  4. Adakah caj upah untuk servis disediakan secara percuma? Jika ya, dalam jangka masa berapa tahun?

  5. Apa barang percuma yang disediakan dengan pembelian kereta ini?

  6. Apa yang dilindungi insurans tahun pertama?

  7. Adakah cermin kereta termasuk perkara yang dilindungi insurans? Jika ya, berapa ratus dan cermin yang mana?

  8. Adakah hanya pemandu yang dilindungi insurans?

  9. Berapa jumlah perlindungan insurans?

  10. Adakah servis kereta tunda disedikan? Jika ya, berapa kilometer dan adakah ianya percuma?

  11. Adakah insurans ini termasuk perlindungan seperti peril khas; bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut, pokok tumbang dan lain-lain?

Nak tanya apa kepada banker?

  1. Adakah kadar faedah rata atau berubah-rubah?

  2. Berapa lama tempoh pinjaman?

  3. Berapa kadar faedah yang dikenakan?

  4. Berapa jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman?

  5. Bila kena bayar bayaran bulanan?

  6. Berapa caj yang dikenakan jika saya lewat bayar?

  7. Berapa lama tempoh maksimum kelewatan pembayaran sebelum kereta ditarik?

  8. Berapa diskaun yang diberikan jika saya dapat selesaikan hutang lebih awal daripada tempoh pinjaman?


Semoga soalan-soalan ini membantu anda untuk membeli kereta pertama nanti! Ada soalan-soalan lain yang anda nak kongsi? Komen di bawah.




 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page