top of page

4 Things I Learnt in 2024: A Personal Reflection

  • Writer: Cik Mas
    Cik Mas
  • Jan 20
  • 4 min read

Smiling person wearing a grey hijab outdoors on a sunny day. Background features trees and a clear blue sky.
Well, hello 2025! Photo by Cik Mas.

Tahun lepas merupakan tahun di mana aku keluar daripada comfort zone and pursued my dream career/ life. I thought everything was going to be exactly to what I had imagined, truth was - part of it did and did not happen.


Benda paling best yang terjadi pada tahun lepas ialah aku dapat jadi freelance content writer. Aku berjaya dapatkan klien pertama; doktor psikiatri. Klien ini minta aku buat konten untuk klinik psikiatri dia. Kemudian, aku dapat klien kedua; psikologis klinikal. Aku diminta untuk terjemah buku dia ke bahasa Melayu.


Aku juga ada cuba menghantar dan menulis di satu portal penulisan konten, Newswav. Artikel aku ada menang pertandingan tau! Baca kat sini.


Sekarang aku nak kongsi apa benda aku belajar pada tahun lepas.

Nilai diri tak terletak pada pekerjaan kau.

Nilai diri kita tak terletak pada pekerjaan kita. Terapi menyedarkan aku bahawa nilai diri tak terletak pada perkara-perkara luar yang bersifat rapuh; boleh hilang dan berubah pada bila-bila masa. Ia sebenarnya terletak pada nilai-nilai murni yang kita pegang. Nilai-nilai ini malar walau dilambung ombak dan ribut kehidupan.


Tipulah kalau cakap aku tak rasa sedih, lemah dan kerdil bila selalu gagal temu duga. Tapi, sebab aku berpegang pada prinsip "you're more than your job" dan "Allah sebaik-baik pemberi rezeki" (al-Jumuah, 62:11) inilah yang kept me going and hopeful.


Aku yakin aku tak akan faham dan hadam semua benda ni seandainya aku tak dapatkan terapi dan tanpa izin Allah swt.

Beri masa untuk menilai orang.

Aku percaya bahawa semua orang secara asasnya baik sehinggalah dibuktikan sebaliknya. I don't think it's wrong kind of mindset. In fact, we Muslim must husnuzon, right?

Cumanya aku kadang-kadang mudah tertipu dengan kebaikan orang. Aku ada konsep di mana kalau orang tu buat baik, aku akan balas dengan sepuluh ganda kebaikan. Benda ni secara dasarnya okey sehinggalah ia tidak okey, haha. Maksudnya, kalau orang tu ada niat jahat terhadap aku, senang-senang dia boleh pergunakan aku. Well, it did happen years ago. I thought she was a good person until she wasn't.


Jadi aku rasa, aku nak betulkan sikit mindset aku dalam menilai orang - beri masa sebelum aku terlalu percaya dan memberi. It's okay to feel doubtful. You don't need to rush to make connection with new people, even if they seem like an angel or harmless. Terlalu bersangka baik sampai memakan diri pun tak baik. Let's be balance and rational.

Own your successes and don't rely on someone's validation or compliment.

Sebagai seorang yang goal-oriented and responsible , apatah lagi kalau melibatkan amanah atau tanggungjawab; aku memang akan buat sehabis baik. Alhamdulillah, selalunya gol aku tercapai.


Lagi best, kalau dapat pujian daripada orang atas. Most of the time, I felt happier and prouder! Tapi, macam mana kalau sebaliknya?


Katakanlah engkau pun memiliki ciri-ciri macam aku. Macam mana kalau engkau dah berusaha sedaya upaya, namun usaha engkau dianggap kecil dan remeh? Lebih teruk, direndahkan? Sebenarnya, itu antara momen pahit yang aku hadapi pada tahun lepas.


Bagaimana aku menghadapi situasi yang menguji kesabaran dan menyakitkan hati ini? - Akui kejayaan sendiri tanpa mengharapkan pujian orang lain! Ya, langkah pertama, akui, own it, guys! Dengan pemikiran dan kata-kata positif yang aku ucapkan ini, aku rasa penuh. Yang best, aku tak perlukan dah kata-kata pujian daripada orang luar! Aku usaha semata-mata untuk kepentingan dan pertumbuhan aku. Noktah.

Akibat berhutang tak semestinya yang buruk-buruk sahaja.

Aku memang dah dibiasakan dengan konsep berjimat cermat sedari kecil. Bila aku dah bersekolah rendah, mula timbul perasaan cemburu tengok kawan-kawan memiliki barang-barang sekolah yang nampak cool and trendy.


Aku ingat lagi betapa cemburu aku tengok kawan-kawan beli kasut dan baju sekolah baharu daripada jenama yang terkenal; sedangkan aku; beli kasut sekolah yang longgok je kat pekan sari. Erm, apalah sangat nilai pakaian, kasut dan beg yang berjenama ini andai malas belajar, dapat nombor corot malah biadab terhadap guru, Mastura! Tak pelah, aku maafkan diri aku berfikiran begitu sewaktu kecil. Naif. Aku masih belum faham peribahasa berakit


Berbalik semula kepada tajuk, sikap tidak boros aku ini kekal dibawa sehingga kini. Sikap ini bukan hanya ada pada aku, bahkan adik-beradik yang lain juga. Aku selalu dapat nasihat daripada kaum keluarga supaya tidak berhutang.


Namun, kehidupan aku pada masa sekarang, tidak dapat tidak menuntut aku untuk menyewa beli kereta. Ya, aku terpaksa berhutang sebab nak punya kereta. Setakat ni, aku tak menyesal dengan keputusan aku. Kesimpulan yang aku boleh buat, tak semua hutang itu buruk. Tuntutan kehidupan adakalanya memaksa individu untuk berhutang, contohnya beli kereta dan rumah untuk hidup lebih selesa, aman dan tenteram dengan keluarga.


Lagi satu, dengan hutang ini juga buat aku rasa lebih matang, dewasa dan bagi motivasi baru untuk teruskan bekerja.

Kesimpulan

Aku positif memikirkan masa depan aku pada tahun 2025 ni. Aku ada perancangan dan harapan yang melibatkan karier, kewangan, perhubungan dan kesihatan. Semoga Allah swt bagi rezeki yang terbaik untuk aku. Akhir kata, selamat tahun baharu, semua! Semoga impian kita semua tercapai pada tahun ini. Amin!


Apa pelajaran yang kau orang dapat pada tahun lepas? Kongsikan dekat ruangan komen!



 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page