Wajarkah Rakyat Palestin Memaafkan Netanyahu?
- Cik Mas
- Oct 25, 2024
- 1 min read
Updated: Dec 7, 2024
Dah berminggu-minggu persoalan ni bermain di benak; wajarkah rakyat Palestin memaafkan Netanyahu?
Lagi pula, saya selalu baca dan dengar ahli psikologi menekankan konsep memaafkan untuk sembuh daripada trauma. Jika saya meletakkan diri saya sebagai seorang rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Netanyahu dan puak Zionist, bagaimana saya mahu memproses konsep memaafkan ini?
Sebab itulah saya baca balik buku Healing the Invisible Wound; dapatkan kembali poin-poin yang membenarkan logik di sebalik memberi kemaafan kepada orang yang melampaui batas terhadap diri kita.

Apa yang saya dapat: 1. Memaafkan individu, bukan perbuatan kejam individu tersebut.
2. Memaafkan untuk “move on”.
3. Memaafkan untuk melepaskan rasa bara dendam.
4. Memaafkan bukan bermaksud meredai kejahatan yang dilakukan.
5. Memaafkan bukan bermaksud “reconciliation”; perlu berbaik-baik semula atau yang kita selalu cakap bila nak minta maaf sewaktu hari raya; “kosong-kosong, ya?”.
6. Membaca semula kembali kisah Nabi Muhammad dan Wahsyi. Jadi, pada pendapat anda, wajarkah rakyat Palestin memaafkan Netanyahu? Erm.
Comments