top of page

Pengalaman Jadi Volunteer Bersihkan Sungai Pisang, Batu Caves, Gombak.

  • Writer: Cik Mas
    Cik Mas
  • May 19, 2024
  • 3 min read

Updated: May 22, 2024


A group of volunteers gathered for a group photo

Buat para pembaca yang belum pernah menyertai program sukarelawan secara bersendirian, anda berada di tempat yang tepat! Dalam penulisan kali ini, saya akan berkongsi tentang pengalaman dan jangkaan saya sebelum dan selepas menyertai aktiviti kesukarelawan bersama KitaFund!

 

Saya ni dah lama berhasrat untuk menabur bakti, menyumbang tenaga dan merancakkan lagi program-program rohaniah seperti ini. Hasrat saya ni saya simpan sejurus selepas tamat pengajian di peringkat sarjana muda. Konon nak penuhi waktu-waktu hujung minggu dengan program volunteer, konon sahajalah, haha! Penat ya bekerja, tak tipu. Hujung minggu memang saya tidur je. Tambahan pula, saya ini sejenis indoor person.

 

Masa senggang yang saya ada pada masa sekarang, saya ingin gunakan untuk penuhi segala bucket list yang saya mampu biayai. Kalau nak tunggu saya dapat kerja, ada pendapatan stabil, ada keretalah, itulah, inilah, ah, entah bilalah! Silap hari bulan, hujung minggu saya hanya mampu terbaring dan tidur kerana penat bekerja seperti dahulu pula!

 

Kenapa KitaFund? Kenapa pilih program bersihkan sungai?

 

Saya follow KitaFund di Instagram. Kemudian, terbaca satu post tentang program pembersihan sungai. Saya tengok registration fee murah, RM10, jadi join sahajalah! Tambahan pula, saya suka menyokong usaha-usaha masyarakat dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Tanpa berfikir panjang, saya daftar terus!

 

Cabaran peribadi?

Lone ranger, pertama kali, lokasi jauh, kena naik tiga jenis kenderaan awam dan akan lewat sampai.

 

Perasan dan expectation sebelum pergi?

Perasaan sebelum pergi: takut, nervous, overthink, tak pasti berbaloi ke tidak datang jauh-jauh ni.

Expectation sebelum pergi: Disebabkan saya lone ranger, jadi saya jangkakan yang saya kena tegur orang dahulu dan mungkin akan “krik-krik”.

 

 

Moment of truth: pengalaman sebenar.

Segala expectation sebelum pergi tu semua meleset sama sekali, haha! Punyalah awesome ya peserta-peserta yang lain ini; mereka tak buat saya rasa terasing, ramah tamah, rasa included, sama-rata dan bonding macam dah lama kenal!

 

Saya kecewa sebenarnya sebab sampai waktu mereka dah hampir siap! Apapun, saya dapat juga membanting tulang memunggah plastik-plastik sampah yang dipungut mereka ke dalam kereta ahli yang bertanggungjawab. Okeylah, dapat juga berbakti, haha.

 

Selain daripada berbakti kepada alam sekitar, saya juga dapat berjumpa dan kenal dengan insan baharu. Seronok dapat tahu apa yang mendorong mereka sertai program sukarelawan, umur, kerjaya dan lain-lain. Saya boleh simpulkan yang mereka ini semuanya berjiwa besar; sanggup mendahulukan kepentingan dan keselesaan orang lain melebihi diri sendiri. Hadir ke program itu sendiri sudah mencerminkan nilai peribadi mereka, sementelahan pula melihat hasil kutipan sampah sarap yang berjaya dipungut dan korbankan kereta sendiri. Saya salute betullah!

 

Apa perkara positif yang saya dapat hasil daripada menyertainya?

Satu kebaikan mendorong kepada kebaikan yang lain, begitulah juga kejahatan. Jadi bila dah buat perkara yang positif begini, tentulah saya rasa nak buat lagi. Saya juga berasa yang sumbangan saya, walaupun kecil, sebenarnya berharga dan bernilai. Lagi satu, rasa terinpirasi dengan semangat dan pengorbanan ahli-ahli sukarelawan yang lain.

 

Lima panduan penting dan berguna kepada mereka yang baru nak jadi volunteer. Elak ulang kesilapan saya, okey?

1.    Pakai baju, seluar, kasut atau selipar yang sesuai dengan aktiviti luar, lasak atau basah.

2.    Elak daripada memakai pakaian dan kasut berwarna putih dan  soft pastel. Kalau sanggup nak tengok barang peribadi anda diselumuti lumpur, terpulanglah, haha!

3.    Sentiasa berkomunikasi dengan ahli program dan maklumkan sekiranya anda memerlukan bantuan, tak dapat hadir, akan lewat, sesat dan sebagainya.

4.    Kepada lone ranger, pastikan tempat, masa, kemudahan pengangkutan itu ada supaya anda tiba tepat pada waktunya. Barulah dapat sertai dan enjoy secara keseluruhan!

5.    Bawa botol air dan snek berkhasiat sendiri, walaupun mereka ada sediakan makanan ringan.

 

Okey rasa puas dapat menumpahkan segala rasa dan memori menjadi ahli sukarelawan ini dalam kata-kata panjang begini. Semoga pembaca; terutamanya yang tak pernah merasai pengalaman volunteering secara berseorangan, untuk teguhkan niat dan merealisasikan bucket list anda itu ya?

 

Saya berharap saya dapat hadiri lagi program sukarelawan yang mengkhususkan kepada kesihatan mental pula. Saya percaya walaupun sekelumit sumbangan anda, baik dari segi wang, masa, usaha, tenaga, idea dan kehadiran, ia memberi makna yang besar kepada seluruh pihak yang terlibat. Akhir kata, joinlah volunteer walaupun sekali, insya-Allah anda akan belajar sesuatu yang menguntungkan diri, mental dan emosi.

 

See you in the next post!

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page