top of page

Macam Mana Nak Kekal Tenang Dan Optimis Bila Kau Buat Salah

  • Writer: Cik Mas
    Cik Mas
  • Sep 27, 2024
  • 2 min read

Mistakes are inevitable. Read this funny and awakening story of mine.


Citer dia, aku salah letak nombor WhatsApp company di sebuah (atau beberapa) konten di media sosial. Mula-mula ada sorang ni komen kat satu konten; dia kata orang ramai contact mak dia tanya pasal kelas renang. Kemudian, aku cari konten yang menggunakan nombor yang salah. Aku jumpa dan aku edit. Selesai.


Namun, tak habis disitu, salah seorang tim dapat pula panggilan daripada orang yang sama, merungut hal yang sama, tapi kali ni dia ugut untuk report kat polis.


Bos aku dah marah aku dah pada kali pertama, kali kedua ni lagi marah nampaknya di grup.


Dalam situasi yang agak mencemaskan ini, aku tanya diri aku, apa langkah yang mungkin tepat untuk aku lakukan? Ini apa yang aku buat:1. Minta maaf kepada rakan sekerja tersebut atas kesilapan aku

2. Provide clear process meminta maaf:

> mesej atau hubungi orang tu semula

> thoroughly check all my content: caption and link

> inform the job I have done to the group.


Bos (orang luar) marah sebab aku buat silap, aku pula gembira sebab ini bukti yang ada jualan masuk disebabkan posting yang aku buat, haha! As much as I feel annoyed, pissed off, terasa hati with the boss yang selalu membesarkan kesalahan aku, reaksi, tindakan dan pemikiran orang luar adalah sesuatu di luar kawalan aku.


Okey, berbalik semula kepada macam mana aku cuba kekal tenang dan optimistik dalam keadaan genting ini?

1. Set pemikiran yang apa jua reaksi, tindakan, ucapan yang terlahir daripada bos itu sesuatu di luar jangkaan aku.

2. Mengambil kira dan fokus kepada benda yang positif; aku berjaya buat posting yang mempengaruhi orang untuk kontak syarikat dan bertanyakan tentang servis yang dijual!

3. Walaupun konten tersebut sudah beberapa minggu atau bulan di muat naik, ianya masih mendapat perhatian target pelanggan. Ini secara tak langsung memberitahu kepada aku bahawa Konten saya BUKAN SAHAJA ENGAGING MALAH RELEVAN ya!

4. Iktiraf perasaan aku.

5. Puji dan iktiraf kerja keras yang aku lakukan.

6. Alih perhatian buat perkara yang bermanfaat; membangkitkan mood ceria daripada tenggelam dalam perasaan bersalah, takut, marah, meluat dan kecewa.

7. Elak daripada mengambil perkara ini dengan terlalu personal; ini 100% salah saya, melabel diri dengan kata-kata negatif dan sebagainya.

 

Ada pendapat atau cerita ingin dikongsi?



 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page