Aidilfitri 2024
- Cik Mas
- Apr 12, 2024
- 1 min read

Ramadan & Eid Recap:
1. Puasa kali ini merupakan puasa yang sederhana dan penuh kesyukuran yang pernah saya rasa. Sebab yang paling utama adalah kerana saya dapat menjalani ibadah puasa bersama bonda! š„¹š«¶š»
2. Pertama kali dalam sejarah (seingat saya), saya tak beli atau jahit baju kurung baharu pun! Saya recycle je baju-baju favourite saya. Baru tahu okey je walau tiada kelengkapan baharu untuk hari raya, terutamanya baju raya! š„¹š«¶š»
3. Tak beli banyak kuih-muih dan makanan-makanan yang lain pun tak apa! Raya tetap jadi! š„
4. Teruja menerima kunjungan rakan sekolah yang sudah lama tidak bersua muka!
5. Seronok dapat menyambung silaturahim dengan jiran tetangga meskipun ibu bapa mereka sudah tiada. š„ŗā¤ļø
6. Anak saudara bagi duit raya sebab āCik Mas kan tak kerjaā. Comelnya my niece. šš
7. Tumpang bangga bila ada tetamu puji mi kari kakak buat sedap! Saya suruh dia datang lagi tahun depan tapi⦠alamak, kakak saya balik rumah mentua! āDatang dua tahun lagi okey, mak cik uda ada time tu!ā, sempat saya menyelamatkan diri! šš¤£
Bila kita belajar pupuk rasa cukup dalam diri, benda yang tak sempurna dan extravaganza pun rasa okey sahaja. Alhamdulillah atas rasa ini, Tuhan Yang Maha Kaya. š¤
Anda belajar apa daripada puasa dan raya tahun ni?
Comments