top of page

5 Kebaikan Menulis Jurnal Buat Anda

  • Writer: Cik Mas
    Cik Mas
  • Nov 17, 2023
  • 2 min read

Updated: Dec 12, 2023


A person writing on a notebook.
Image by Freepik.

Kesedaran tentang isu kesihatan mental menjadi semakin luas dan berkembang, lebih-lebih lagi selepas pandemik COVID-19. Seangkatan dengan itu, aktiviti menulis jurnal juga dilihat semakin popular dan menjadi trend pada masa kini. Menulis jurnal ini merupakan sejenis kaedah terapi yang tidak asing lagi digunakan oleh pakar-pakar kesihatan dalam membantu individu yang sedang bergelut dengan stres dan trauma. (1)


Artikel ini akan membahas lima kebaikan menulis jurnal buat anda.


A person writing in a notebook.
Image by Freepik.

1. Jurnal membantu anda meluahkan perasaan.

Sesetengah orang sukar untuk meluahkan perasaan yang sukar kepada orang lain. Mungkin kerana rasa malu, bimbang atau pun memang tidak gemar berkongsi. Disebabkan faktor inilah, jurnal atau diari dilihat sebagai medium yang paling selamat untuk sesetengah individu ini meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Perasaan yang dipendam boleh memberi stres dan mengganggu kesihatan mental, apatah lagi jika kerap dilakukan dan dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang lama.


A person sitting on a couch with a tension face.
Image by Freepik.

2. Jurnal membantu anda mengurus pemikiran negatif (overthinking).

Pemikiran negatif yang berulang-ulang ini dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai overthinking. Jurnal boleh digunakan sebagai rekod pemikiran atau thought record. Apabila kita merekod pemikiran ini, kita akan lebih mudah melihat dari mana datangnya pemikiran tersebut datang, emosi yang terlibat, bukti kejadian dan penyelesaian sekiranya perlu. Ada 5 langkah untuk mengurus pemikiran negatif yang berulang-ulang:

  1. Tulis situasi

  2. Tulis perasaan

  3. Tulis pemikiran negatif

  4. Nilai pemikiran

  5. Buat keputusan (2)



A person standing in a field of canola with arms outstretched.
Image by Freepik.

3. Jurnal membantu anda meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan diri.

Ada satu kajian melibatkan 70 orang dewasa yang mempunyai penyakit dan simptom kebimbangan dikehendaki menulis jurnal dalam talian selama 15 minit, setiap 3 hari seminggu dan selama 12 minggu berturut-turut. Hasil daripada kajian ini mendapati pesakit menunjukkan pengurangan tekanan mental, termasuk mengurangkan keresahan dan meningkatkan kesejahteraan diri. Pesakit juga menganggap mereka mempunyai daya tahan diri yang lebih tinggi. (3)

 


A group of people in an office cheering on something.
Image by Freepik.

4. Jurnal membantu anda menjadi produktif.

Jurnal tidak terhad kepada luahan perasaan sahaja. Anda juga boleh menggunakan jurnal bagi mengatur tugas-tugas harian. Kemudian, anda boleh menyusun dan membahagikan kepentingannya mengikut keperluan. Sebagai contoh, laksanakan tugas yang penting dan segera berbanding yang tidak penting dan tidak segera. Melalui cara ini, hari anda akan lebih teratur, lancar dan produktif!



A person pushing a large boulder or big rock.
Image by Freepik.

5. Jurnal membantu kita mengenali kekuatan dan kelemahan diri.

Baca semula jurnal-jurnal yang lepas dapat membantu kita untuk sedar akan perubahan, kemajuan, kekuatan dan kelemahan diri. Menulis senarai kesyukuran atau gratitude list juga akan memupuk rasa syukur dalam diri meskipun dalam sekecil-kecil hal. Selain itu, kita juga mungkin akan terinspirasi dengan kisah-kisah kejayaan sendiri dan kemampuan kita menangani cabaran-cabaran yang lepas. Ini pastinya akan meningkatkan ketahanan diri bagi menghadapi ujian di hari yang mendatang.

 

Artikel ini seharusnya memberi pengetahuan tentang kebaikan menulis jurnal buat anda. Hanya dengan sebatang pen dan buku nota kecil, anda boleh terus memulakan pengembaraan menulis jurnal ini. Selamat mencuba dan semoga kekal melakukannya!



Rujukan:


  1. Murray, B. (2022, June). Writing to heal. Retrieved from https://www.apa.org: https://www.apa.org/monitor/jun02/writing

  2. Handout 27: 5 Steps Of Cognitive Restructuring Instructions. (n.d.). Retrieved from https://www.apa.org: https://www.apa.org/pubs/books/supplemental/Treatment-for-Postdisaster-Distress/Handout-27.pdf

  3. Smyth, J. M., Johnson, J. A., Auer, B. J., Lehman, E., Talamo, G., & Scianmanna, C. N. (2018, 12 10). Online Positive Affect Journaling in the Improvement of Mental Distress and Well-Being in General Medical Patients With Elevated Anxiety Symptoms: A Preliminary Randomized Controlled Trial. 5(4). Retrieved from https://mental.jmir.org/2018/4/e11290/

 


 

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page